Perkataan yang diberikan penekanan ialah
(a) Pola Keselarasan huruf vokal
(b) Kekecualian Keselarasan huruf vokal
(c) Ejaan kata pinjaman
(d) Ejaan kata dasar dan kata terbitan
(e) Ejaan singkatan kata nama
(f) Ejaan kata sendi nama
Sistem ejaan diajar agar murid dapar mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran.
(a) SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL
Keselarasan vokal bermaksud keseuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Pola Keselarasan Huruf Vokal
- Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
- Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup
- Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem
ejaan baru bahasa Melayu,
iaitu: