Prinsip Sebutan
Sebutan
dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebutan baku. Baku bermakna
standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia
dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan
(atau dibunyikan).
Penggunaan
system baku bermakna pemakaian bunyi ejaan adalah sama sahaja di mana-mana
bahagian di seluruh negara.
Oleh
kerana sebutan perkataan adalah berdasarkan ejaan, maka pelajar perlu tahu
empat kumpulan asas huruf-huruf dalam bahasa Melayu supaya dapat membunyikan
perkataan (atau menyebut perkataan) dengan betul.
Sistem
ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu
Huruf vokal: a, e, ě, i, o, u
Huruf diftong: ai, au, oi
Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy
1. Huruf vokal
Dalam bahasa
Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu
a, e, ě, i, o, u
Huruf
vokal ini juga disebut ‘huruf hidup’ atau ‘huruf saksi’. Ini kerana huruf-huruf
vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga member bunyi kepada huruf-huruf
konsonan.
Bunyi
vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak
tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan
bentuk bibir.
Terdapat dua jenis ‘e’ dalam
kumpulan huruf vokal, iaitu e pepet (contoh:
emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan ě taling (contoh: teko, petak,
sate).
Huruf
|
Fone m
|
Di depan
|
di tengah
|
di
belaka
ng
|
a
|
[a]
|
a-pi
|
pa-di
|
ki-ta
|
e
(pepet)
|
[ə]
|
e-mak
|
se-na
|
pris-me
|
e (taling)
|
[e]
|
e-nak
|
pe-tak
|
tau-ge
|
i
|
[i]
|
i-tu
|
sim-pan
|
si-ni
|
o
|
[o]
|
o-leh
|
ko-ta
|
pi-da-to
|
u
|
[u]
|
u-sik
|
tu-nas
|
si-ku
|
Sesalahan
sebutan sering berlaku dalam sebutan vokal /u/. Dalam perkataan ‘unik’ misalnya
kerap kali disebut ‘yu-nik’. Lihat contoh di bawah:
Perkataan
|
Sebutan
salah
|
Sebutan
betul
|
Unik
|
yu-nik
|
u-nik
|
Unit
|
yu-niy
|
u-nit
|
Universiti
|
yu-ni-ver-si-ti
|
u-ni-ver-si-ti
|
2. Huruf Konsonan
Huruf
konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf.
Bunyi
konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan
aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu, dengan cara disekat atau
dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau tongga hidung.
Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z.
Terdapat tiga konsonan yang
hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan
konsonan x. Tiada istilah asal
bahasa Melayu yang menggunakan konsonan- konsonan ini.
Bunyi
konsonan /q/ hamper sama dengan bunyi konsonan/k/.
Bunyi
konsonan /x/ hampir sama dengan bunyi konsonan /z/.
Perhatikan contoh-contoh di bawah:
Contoh:
Dalam
bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf, seperti
rajah di bawah:
3. Gugus
konsonan (konsonan gabung)
Gugus
konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi
konsonan yang baru. Apabil digabungkan, konsonan pertama dan konsonan kedua
akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.
Contoh:
Bunyi
|
Huruf
|
Di depan
|
di tengah
|
di belakan
g
|
/ğ/
|
gh
|
ghaib
|
maghrib
|
Mubaligh
|
/x/
|
kh
|
khusus
|
Akhir
|
Tarikh
|
/ŋ/
|
ng
|
ngilu
|
angin
|
Pening
|
/ń/
|
ny
|
nyata
|
hanya
|
-
|
/ś/
|
sy
|
syarat
|
isytihar
|
Quraisy
|
Dalam
contoh di atas, bunyi perkataan ‘khusus’ bukanlah disebut ‘k-h-u-sus’ (4 suku
kata) tetapi disebut ‘khu-sus’ (dua suku kata).
4. Huruf Diftong
Huruf
diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam
satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.
Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga.
Dalam
bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf
seperti dalam rajah di bawah:
Bunyi
|
Huruf diftong
|
di depan
|
di
tenga h
|
di
belaka ng
|
/ai/
|
ai
|
aising
|
ghaira h
|
pandai petai tirai
|
/au/
|
au
|
aurat auto audit
|
saudar a gaulan
a
|
harimau atau risau
|
/oi/
|
oi
|
oidium
|
boikot
|
amboi sempoi
konvoi
|
Berdasarkan contoh
di atas, perkataan ‘auto’ disebut ‘au-to’ (dua suku kata) dan bukannya ‘a-u-
to’ (tiga suku kata). Bunyi /a/ dan bunyi /u/ digabungkan menjadi bunyi /au/.
5. Suku kata
Suku kata ialah pembahagian unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk
setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf
vokal, atau gabungan satu huruf vokal dengan satu huruf konsonan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata
hingga enam suku kata.
Contoh:
Perkataan
|
Jumla h suku
kata
|
Contoh suku kata
|
Eh
|
1
|
(1)eh
|
Engkau
|
2
|
(1)eng (2)kau
|
Ketawa
|
3
|
(1)ke (2)ta (3)wa
|
Implikasi
|
4
|
(1)im (2)pli (3)ka (4)si
|
Keselarasan
|
5
|
(1)ke
(2)se (3)la (4)ras
(5)an
|
kebarangkali
an
|
6
|
(1)ke (2)ba (3)rang (4)ka
(5) li (6)an
|
Berdasarkan
contoh di atas, perkataan ‘engkau’ mempunyai dua unit bunyi iaitu /eng/ dan
/kau/. Perkataan implikasi pula mempunyai empat unit bunyi iaitu /im/pli/ka/
dan /si/
INTONASI
Intonasi ialah
nada turun naik dalam sesuatu ayat. Intonasi berbeza-beza mengikut jenis-jenis
ayat yang digunakan. Intonasi yang betul boleh membezakan maksud dan objek
dalam sesuatu pengucapan.
Intonasi dalam
ayat
Intonasi
pengucapan dengan jelas dapat dilihat melalui ayat-ayat berikut:
1 . Ayat Penyata
2 . Ayat Tanya
3 . Ayat Perintah,
4 . Ayat Seruan
Dalam bahasa
penulisan, intonasi digambarkan dengan penggunaan tanda baca Tanya (?) atau
seruan (!) atau kedua-duanya sekali.
Aspek intonasi
penting dalam pengucapan kerana boleh memberi mesej yang lebih jelas tentang
tujuan pengucapan dibuat. Contohnya apabila memarahi orang, mesej yang ingin
disampaikan ialah perasaan marah. Oleh itu intonasi tinggi atau keras
digunakan.
Apabila ingin
memujuk seseorang, intonasi rendah pula yang digunakan. Ini kerana memujuk
orang perlu dengan nada lembut (iaitu nada rendah) dan bukan nada tinggi.
Memujuk dengan nada tinggi akan menggambarkan unsur paksaan.
Ayat Penyata
Ayat penyata
ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu pernyataan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata berakhir dengan tanda nokhtah (.).
Nada rendah digunakan dalam ayat-ayat penyata. Tiada ada penegasan nada atau
nada tinggi dalam penggunaan ayat penyata. Tujuan ayat penyata ialah utuk
memberi keterangan.
Contoh:
1 . Kakak saya sedang tidur.
2 . Emak saya pergi ke kedai.
3 . Dia sedang memetik bunga di taman.
4 . Bola itu berwarna biru.
5 . Har ini hari Khamis.
Dalam ayat-ayat
di atas, nada yang digunakan adalah nada mendatar.
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah
ayat yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu atau bertanyakan seseorang. Ayat
tanya disertai dengan tanda tanya (?). Tujuan ayat tanya ialah untuk mendapat
sesuatu jawapan.
Ayat tanya
mempunyai nada tinggi.
Ayat tanya
terbahagi dua iaitu ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup.
(a) Ayat Tanya
Terbuka ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan yang berupa penerangan. Ayat
tanya mempunyai kata tanya (apakah, siapakah) sama ada di pangkal ayat atau di
hujung ayat.
Contoh:
1 . Apakah yang dibeli oleh emak?
2 . Kamu ini siapa?
3 . Siapakah lelaki yang memakai topi itu?
4 . Warna manakah pilihan anda?
5 . Apakah yang menyusahkan hatimu?
(b) Ayat Tanya
Tertutup ialah ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas dan tepat iaitu sama
ada ‘ya/benar’ atau ‘tidak/bukan’
Contoh:
1 . Kamu mahu pergi atau tidak?
2 . Sudah siap atau belum?
3 . Setuju?
Ayat Perintah
Ayat perintah
ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya
melakukan sesuatu. Ayat perintah mempunyai nada tinggi dan tegas bergantung
kepada jenis ayat perintah berkenaan.
Terdapat empat
jenis ayat perintah iaitu:
(a) Ayat Suruhan
(b) Ayat Larangan
(c) Ayat Silaan
( (d) Ayat Permintaan
(a) Ayat Suruhan
ialah ayat yang dituturkan dengan motif untuk memberi perintah atau menyuruh
orang berbuat sesuatu. Ayat Suruhan mempunyai nada tinggi dan tegas.
Contoh:
1 . Basuh baju ini!
2 . Pergi kau dari sini!
3 . Balik sekarang!
(b) Ayat Larangan
ialah ayat perintah yang melarang orang melakukan suatu. Perintah yang
diberikan adalah perintah untuk tidak melakukan sesuatu. Ayat
ini juga mempunyai nada tinggi dan tegas jika larangan tersebut bersifat
paksaan, dan bernada rendah jika larangan tersebut berbentuk rayuan atau
keluhan.
Contoh:
1 . Jangan kacau aku! (nada tinggi)
2 . Usah dikenang peristiwa lalu (nada rendah)
3 . Kau jangan datang lagi (nada tinggi)
(c) Ayat Silaan
ialah perintah yang tidak mempunyai ketegasan sebaliknya bersifat rayuan dan
pelawaan. Nada rendah digunakan untuk ayat jenis ini.
Contoh:
1 . Silalah masuk.
2 . Sudi apalah kiranya datang ke rumahku.
3 . Jemputlah makan.
(d) Ayat
permintaan juga tidak bersifat tegas. Oleh kerana orang yang menuturkan ayat
ini ingin meminta sesuatu maka nada yang digunakan adalah nada rendah tanpa
ketegasan.
Contoh:
1 . Semua harap bertenang!
2 . Tolong kemaskan meja ini.
3 . Harap dapat segerakan tugasan itu.
Ayat Seruan
Ayat seruan ialah
ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan
untuk melahirkan gambaran tentang perasaan seperti takut, marah, geram, sakit,
hairan dan yang seumpamanya. Intonasi seruan digambarkan dengan tanda baca
seruan (!) pada hujung ayat.
Contoh:
1 . Wah, sungguh cantik rumahmu!
2 . Syabas, kita berjaya!
3 . Amboi, marahnya dia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan