Blog ini dicipta oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang bagi melaksanakan tugasan PKPK3163 Sistem Bahasa Melayu

Guru pelatih tersebut terdiri daripada 5 orang yang mengambil kursus Pendidikan Pemulihan
Muhamad Amiruddin bin Zamzam
Nazrin Amarul bin Neu Jan Tan @ Atan
Darlena A/P Ramli
Al Ikhlas bin Isahak
Herrey bin Mohd Jamri

Khamis, 23 April 2020

KOSA KATA


Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus.

Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnyaMurid hendak diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang ilmu.

Misalnya, istilah ‘subjek’ ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud dengan istilah ‘subjek’ yang merujuk nama-nama mata pelajaran.





KATA UMUM 



Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian kata umum boleh menjadi istilah.

Contoh: tenaga
tenaga atom (atomic power)



KATA ISTILAH

Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.

Contoh :hablur, medan magnet, metamorfosis.

Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan.

Bentuk Istilah 

1.Bentuk Akar Bebas

   Kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai 
   istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah 
   yang lebih luas. 
   Misalnya: haba (heat), sisa (residue).


2. Bentuk Berimbuhan

   Bentuk berimbuhan ialah bentuk istilah yang   
   mengandungi imbuhan.
   Misalnya: bersistem, angkasawan, keberkesanan,  
   pendakwaan.

3. Bentuk Gabungan

    Bentuk gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri 
    daripada dua kata atau lebih. 
    Misalnya:  Garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang.

4. Bentuk Gandaan

    Bentuk gandaan ialah istilah yang seluruh atau
    sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang.   
    Misalnya: pepasir, jejari, buli-buli, kacangkacang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan