Blog ini dicipta oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang bagi melaksanakan tugasan PKPK3163 Sistem Bahasa Melayu

Guru pelatih tersebut terdiri daripada 5 orang yang mengambil kursus Pendidikan Pemulihan
Muhamad Amiruddin bin Zamzam
Nazrin Amarul bin Neu Jan Tan @ Atan
Darlena A/P Ramli
Al Ikhlas bin Isahak
Herrey bin Mohd Jamri

Khamis, 23 April 2020

TANDA BACA


Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

Di antara tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik ( . )
Tanda koma  ( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda seruan ( ! )
Tanda sempang atau sengkang  ( - )
Tanda noktah bertindih ( : )
Tanda pengikat kata atau petik ( “ )

Bil
Tanda Baca
Fungsi
Contoh Ayat
1.
Tanda Titik (.)

Digunakan untuk mengakhirkan ayat yang bukan ayat seruan dan ayat Tanya

1.Ayah sedang mencuci kereta.
2.Bapa Ahmad berkerja di Selangor.
2.
Tanda Koma (,)

Digunakan untuk memisahkan unsur yang sama di dalam satu ayat

1.Ibu pegi ke kedai membeli barang dapur seperti tepung, garam, gula dan roti.

Dugunakan selepas kata seru

2.Wah, cantiknya permandangan itu!

Digunakan di belakang kata penghubung pada awal ayat.


3.Oleh itu, semua pihak harus menggembleng tenaga untuk sama-sama membanteras wabak denggi ini.

Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam satu ayat.
4.”Ali mari ke perpustakaan esok pagi,” Kata Ali kepada Abu.
3.
Tanda Koma Bertitik (;)

Digunakan untuk memisahkan ayat yang setara
1.Kami semua lulus dalam ujian Bahasa Melayu; Abu 90 markah, ahmad 80 markah dan Ali 85 markah.

4.
Tanda Titik Bertindih (:)

Digunakan di dalam dialog



Ali:Esok kita pegi perpustakaan ya Ahmad.
Abu:Baik Ali.

Digunakan untuk menerangkan sesuatu di dalam ayat
Di dalam kotak itu ada:
i)Buku
ii)Pensil
iii)Pembaris

5.
Tanda Sempang (-)

Digunakan untuk menulis kata ganda

kuda-kuda, gunung-ganang

Digunakan untuk merangkaikan huruf besar dan huruf kecil

rahmat-Nya


Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran –an



60-an, 70-an
6.
Tanda Pisah (_)

Digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea
Terdapat pelbagai emosi yang diekspresikan oleh pelakonan dalam lakonannya ___ sedih, gembira, marah.

7.
Tanda Elipsis (…)

Digunakan untuk pengguguran dalam teks

“...kerana dia aku di sini...”

Digunakan untuk menunjukkan hentian sebentar
”Lupakanlah semua kisah silap kita, kerana aku...”

8.
Tanda Tanya (?)

Digunakan untuk ayat tanya


Bilakah cuti sekolah akan bermula?
Digunakan pada akhir ayat tanya sebelum
“Kamu hendak ke mana?” tanya Ali.

9.
Tanda Seru (!)

Digunakan untuk sesudah pernyataan yang berupa seruan, emosi atau perintah
1.Oh, dia rupanya adik kamu!
2.Eh, kamu rupanya Adam!
10.
Tanda Kurung ( )

Digunakan untuk mengapit singkatan, penjelasan tambahan atau akronim
Kami pegi ke Universiti Malaya(UM) semalam.



11.
Tanda Kurung Siku [ ]

Digunakan untuk mengapit penjelasan yang sudah bertanda kurung
Dia berasal daripada Kuala Lumpur (KL) [Lihat muka surat 60 di dalam buku teks]

12.
Tanda Petik ( “ “)

Digunakan untuk penulisan cakap ajuk

”Terima kasih cikgu,”kata Ali kepada Cikgu Ahmad.
13.
Tanda Petik Tunggal ( ‘ ‘)

Digunakan untuk mengapit perkataan yang terdapat dalam tanda petik

Amboi, sejak sudah ‘berumah tangga’, tersenyum sahaja.
14.
Tanda Garis Miring (/)
Digunakan untuk nombor rujukan rasmi

DBP/24/32


Digunakan untuk menggantikan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’

Tuan/Puan
15.
Tanda Pengingkat (`)

Digunakan untuk menunjukkan mempunyai bahagian yang hilang
Kejadian itu berlaku pada malam ’98.(1998)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan