Blog ini dicipta oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang bagi melaksanakan tugasan PKPK3163 Sistem Bahasa Melayu

Guru pelatih tersebut terdiri daripada 5 orang yang mengambil kursus Pendidikan Pemulihan
Muhamad Amiruddin bin Zamzam
Nazrin Amarul bin Neu Jan Tan @ Atan
Darlena A/P Ramli
Al Ikhlas bin Isahak
Herrey bin Mohd Jamri

Khamis, 23 April 2020

PERIBAHASA


Definisi:

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu. Sebagai salah satu daripada puisi tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. 

Sejajar dengan itu, menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti.

Peribahasa Melayu juga menonjolkan nilai sosial, moral, dan adat istiadat dan falsafah orang Melayu yang dikaitkan dengan metafizik, epistemologi, etika, logik dan estetika yang mencerminkan interaksi mereka dengan persekitarannya.

Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut

  • Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah)
  • Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaa
  • Lidah pendeta
Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:
  • Simpulan bahasa
  • Perumpamaan
  • Bidalan
  • Pepatah atau Perbilangan
Dewan Bahasa dan Pustaka (Persuratan Melayu)

Menurut definsi yang dihuraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Peribahasa boleh dijelaskan sebagai ayat atau kelompok kata yg mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian tertentu ataupun digelar juga bidal, pepatah.
Maksud susunan kata peribahasa tidak boleh diterjemahkan perkataan demi perkataan. Sebaliknya, susunan kata tersebut mempunyai maksud tertentu.

Contoh:
Bertanam tebu di pinggir bibir.




G.Soosai pula menterjemahkan bahawa Peribahasa adalah bahasa halus yang mengandungi kata-kata sindiran tajam yang lekas berkesan di dalam jiwa.

Contoh:
Bertepuk sebelah tangan






Luqman Ariffin& Abu Khair Atan :
mengatakan bahawa Peribahasa-mencerminkan ketajaman, renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.

Contoh :
Setinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga




Wan Abdullah Ali, Naemah Mohd Ashari& dan Za'ba 
mendefiniskan peribahasa sebagai ayat yang mengandungi susunan kata yang pendek dan indah, mempunyai kebenaran dan membawa makna yg luas.


Contoh:
Seperti katak dibawah tempurung



PERUMPAMAAN 

Perumpamaan merupakan satu bahagian daripada koleksi yang terkandung dalam peribahasa Melayu. 
Penggunaan perumpamaan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu kerana perumpamaan merupakan satu warisan seni kiasan yang telah diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. 

Masyarakat dahulu kerap menggunakan perumpamaan dalam perbualan mereka seharian mereka dan menyebabkan bahasa perumpamaan tidak luput dek zaman. 

Definisi 

Perumpamaan merupakan satu ungkapan kata yang indah yang dapat memberi nasihat dan teguran kepada pendengar. 

Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ran Shaari (2009), perumpamaan merupakan satu susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada yang diucapkan atau ditulis dalam ayat dan membandingkan sesuatu dengan benda lain. 

Oleh sebab itu, sebarang penggunaan perumpamaan akan mengambarkan satu perbandingan antara makna yang ingin disampaikan dengan perkataan yang digunakan.




SIMPULAN BAHASA

DEFINISI

Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan-perkataan yang digunakan. Penggunaan simpulan bahasa dalam karangan atau esei akan menjadikan sesuatu hasil tulisan yang dibuat itu menjadi lebih menarik.

1.Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.  

2.Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya.  

3.Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan terutamanya dalam penulisan.  

4.Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya bahasanya.  


5.Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang


Jenis Simpulan Bahasa






PEPATAH

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan , tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seoalah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.


Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat .

Contoh 




PERBILANGAN

Definisi 
Mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. 

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.


Contohnya: bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.






KATA - KATA HIKMAT


Definisi

Menurut Kamus Dewan, Kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yang tinggi.
Ungkapan yang berupa nasihat, panduan, dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup





Tiada ulasan:

Catat Ulasan